e - NILAM dan e - SINOPSIS


QR Code untuk e-SINOPSIS




Link e-NILAM utk murid :

http://gg.gg/enilamsmkjb




Salah satu usaha dari pihak PSS bagi memastikan murid dan guru merekod bacaan adalah melalui sistem e-NILAM dan e-SINOPSIS. 

Sistem e-NILAM dan e-SINOPSIS  merupakan satu sistem  yang menggunakan Google Form untuk merekod bacaan murid dan guru secara online / maya sepanjang PKP berlangsung. 

Usaha ini bagi memastikan amalan membaca dan merekod bacaan dalam kalangan murid dan guru berterusan bagi menyokong program NILAM daripada pihak KPM. 

Sistem ini telah dilancarkan oleh 
Puan Hajah Roslina binti Che Omar, 
Pengetua Cemerlang SMK Jalan Bukit 
pada 20 April 2020. 

Pelancaran diadakan secara maya melalui platform Google Meet dihadiri oleh semua guru sesi pagi dan petang. 

Sistem ini sangat mudah dan mesra pengguna kerana murid-murid dan guru hanya perlu menekan link yang diberi. Seterusnya, beberapa maklumat bacaan perlu disi dalam Google Form yang disediakan dan Submit.

Data bacaan murid-murid dan guru-guru secara automatik akan disimpan dalam database simpanan induk sekolah. 

Oleh itu, sepanjang PKP berlangsung, program NILAM masih boleh dijalankan serta data setiap murid dan guru sentiasa bertambah. Secara tidak langsung, pihak PSS telah mempelbagaikan aktiviti murid-murid dan guru-guru melalui aktiviti bacaan dan merekod. 


Bagi menaikkan semangat murid dan guru untuk mengamalkan budaya membaca sepanjang PKP, unit PSS akan menawarkan hadiah kepada murid dan kelas serta guru-guru yang paling banyak membuat rekod bacaan NILAM dalam Sistem e-NILAM dan e-SINOPSIS Online ini.








Comments