PAMERAN (PBD) & KMR DI SMK PANDAN JAYA


PAMERAN (PBD) & KMR  DI SMK PANDAN JAYA


Maklumat Pelaksanaan :

Aktiviti            : Pameran Pentaksiran Berdasarkan Bilik Darjah (PBD)

Tarikh              : 8  Ogos  2019

Tempat            : Astaka Semarak Jaya

Sasaran            : Projek PBD dan KMR murid-murid Tingkatan 1-3



Laporan Aktiviti :

Seramai 2 murid dan dua orang guru telah Berjaya menjalankan pameran hasil projek PBD dan KMR murid-murid Tingkatan 1 hingga 3 ini. Antara projek yang dibawa ke tapak pameran adalah Aquaponik, Model Peparu 4D, Tas Tangan Denim dan rangkaian PBD RBT. SMK Jalan Bukit adalah satu-satunya wakil dari sekolah menengah Hulu Langat disamping SK Sri Jelok (wakil sekolah rendah)



Kekuatan:

1.       Sokongan padu pihak pentadbir dalam pelbagai aspek

2.      Bantuan murid-murid dan guru yang memberikan komitmen penuh dalam persediaan pameran, semasa dan selepas pameran



Kelemahan:

1.      Pameran yang diadakan pada hari Ahad mengganggu waktu rehat guru dan murid.

2.      Waktu pameran yang panjang kerana menanti waktu Perasmian Majlis pada waktu malam



Penambahbaikan:

Penyediaan kotak-kotak pameran yang siap sedia mengandungi bahan-bahan asas pameran


Comments