THE CHAMPIONS dBUKIT ( Amanah dan Paradigma )

THE CHAMPIONS dBUKIT ( Amanah dan Paradigma ) 

Program The Champion adalah program yang bermatlamat untuk meningkatkan bilangan murid mencapai minimum 6A ke atas.  


Untuk menyuntik motivasi murid agar bergerak ke arah matlamat, pada 24 Mei 2019 bertempat di Anjung Muafakat dBukit The Champions telah mendapat perkongsian dari Pengetua Cemerlang, YDP PIBG, PK Pentadbiran dan PK HEM tentang tips dan pengalaman perjalanan peribadi semasa peringkat pengajian dalam usaha dan pencapaian semasa menggapai cita-cita.






 Perancangan dalam memastikan dBukit The Champion mendapat bimbingan, sokongan dan galakan disepadukan ke arah KPI ditetapkan.






 Seramai 60 orang murid telah terpilih sebagai The Champions berdasarkan prestasi akademik PAT T4, lantikan KP sebagai Guru Muda dan murid Mentor Mentee yang terpilih sebagai Guru Muda.






 Bacaan Ikrar dBukit The Champions telah diketuai oleh Saudara Vimalan. Ketua Murid SMK Jalan Bukit.



Selain dari perjumpaan The Champions semua murid tingkatan 5 juga telah diberikan amanah oleh Pengetua Cemerlang agar berusaha menggunakan masa sebaiknya semasa cuti sekolah bagi memastikan visi pencapaian SPM tercapai.

Comments