AIRASIA – BAM LIGA REMAJA KEBANGSAAN


AIRASIA – BAM LIGA REMAJA KEBANGSAAN (NEGERI SELANGOR)

Objektif:

a) Melahirkan murid aktif  bersukan

b) Melahirkan murid yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam permainan Badminton







Maklumat Pelaksanaan :

Aktiviti            : Airasia-BAM Liga Remaja Kebangsaan

Tarikh              : 23 - 25 Ogos 2019

Tempat            : Dewan Persatuan  Badminton Selangor (SBA), Kuala Lumpur

Sasaran            : Atlet Badminton SMK Jalan Bukit

Perbelanjaan    : Makanan murid (RM7 X 15 murid X 3hari) = RM105







Laporan Aktiviti :

Guru-guru Badminton yang telah diketuai oleh Pn. Jamilah Binti Mohd, bersama 15 atlet badminton sekolah telah menyertai  Liga Remaja Kebangsaan yang dianjurkan oleh Air Asia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Dewan Persatuan  Badminton Selangor (SBA), Kuala Lumpur pada 23 - 25 Ogos 2019 yang lepas. Acara berpasukan lelaki yang terdiri daripada 3  pemain perseorangan dan 2 pemain beregu telah berjaya  meraih Johan dengan hadiah kemenangan berupa RM1000, pingat dan piala kemenangan, manakala acara berpasukan perempuan yang terdiri daripada 2 pemain perseorangan dan 1 pemain beregu gagal memperolehi sebarang mata kemenangan.





Kekuatan:

1. Atlet-atlet berpasukan lelaki dari Kajang United Badminton Club (KUBC) yang berpengalaman dan  

berkemahiran tinggi dalam permainan badminton

2. Sokongan padu pihak pentadbir dalam penyediaan pengangkutan (bas) yang selesa kepada atlet-atlet dan

guru-guru

3. Guru-guru Badminton yang sangat komited dalam pengurusan dan pengendalian atlet-atlet badminton 
    sekolah



Kelemahan:

Kekurangan atlet-atlet perempuan yang berkemahiran tinggi dalam permainan badminton

           



Penambahbaikan:

Menggalakkan ahli-ahli perempuan Kelab Permaian Badminton sekolah untuk mengikuti latihan intensif badminton berbayar di kelab-kelab badminton luar sekolah




                                                                                                                                                                                                                                                        

Comments