MAJLIS ANUGERAH PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN



Bertempat di Ideal Convention Center Shah Alam pada 23 March 2019 disempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah bagi Pertandingan Laluan dan Bilik Sumber PPDa peringkat Kebangsaan.


SMK Jalan Bukit yang mewakili Negeri Selangor bagi tahun 2018 telah membawa pulang trofi dan cheque kemenangan berjumlah RM1500.00 kerana berjaya mendapat tempat ke 3 Laluan PPDa Peringkat Kebangsaan.  Sumbangan hadiah adalah dari PEMADAM dan Unit PPDa, JPN Selangor.


Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
Unit PPDa bersama Pentadbir SMK Jalan Bukit telah hadir bagi mewakili warga SMK dBukit yang telah mencurahkan seluruh komitmen dan aspirasi bagi menjayakan dan memastikan nama Selangor terpahat di peringkat Kebangsaan.

Comments