KURSUS KEPIMPINAN KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN


Kursus Kepimpinan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini telah dilaksana pada 16 Februari 2019 (Sabtu) bertempat di Dataran Ilmu.



 KT dan PKT dari kelas Peralihan hingga tingkatan 5 telah menghadiri program bermula jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari.




Aktiviti dilaksana berbentuk modul bagi meningkatkan tahap kepimpinan, keyakinan dan kemahiran interpersonal.




 Setiap kumpulan turut membuat pembentangan kumpulan bagi merumuskan apakah peranan mereka sebagai seseorang pemimpin dalam konsep KT dan PKT.




 Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4 diberi peranan sebagai urusetia dan fasilitator program bagi melancarkan dan menjayakan program.


Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah

Comments