HARI SUKAN NEGARA 2017

"HARI SUKAN NEGARA"
"JOM TURUN PADANG"

                             


Hari Sukan Negara peringkat sekolah, 2017 telah diadakan serentak seluruh negara pada hari Sabtu,  14 Oktober, 2017. Murid-murid berkumpul pada jam 7.30 pagi di Dataran mengikut tingkatan. Acara dimulakan dengan sesi Aerobik & Zumba yang telah dikelolakan oleh Pn. Hajara bersama beberapa murid lelaki dari pelbagai tingkatan dan bangsa.




Seterusnya, guru-guru yang terlibat mengurus dan menjadi pengadil serta pemain-pemain yang terlibat dengan permainan Kabaddi, Bola Baling dan Bola Tampar bergerak ke lokasi permainan masing-masing. Murid-murid lain yang hadir memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.





Permainan akhir dimeriahkan dengan acara Boling Tin yang dimainkan oleh barisan pentadbir, PIBG dan guru-guru mengikut rumah sukan. 





Persembahan 'HAKKA' dari wakil murid-murid Tingkatan 5




Seterusnya, Bonda Pengetua, Pn. Roslina Binti Che Omar membuat ucapan menutup dan acara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh wakil PIBG dan para pentadbir.









Semua guru-guru dan murid-murid yang terlibat akan menerima sijil penglibatan peringkat kebangsaan oleh pihak Majlis Sukan Negara.





Comments